fb fb fb fb fb

COVID-19: Kes jangkitan dijangka menurun Januari depan

Foto hiasan

KLANG, 24 Disember- Kes jangkitan COVID-19 dijangka menurun pada Januari depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan memantau kes itu berdasarkan empat kriteria.

Katanya, empat kriteria itu ialah jumlah kes jangkitan, kes kematian dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) serta beban yang dihadapi oleh fasiliti kesihatan terutamanya hospital. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi penggulungan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 yang berlangsung di Klang.

Semalam, beliau memaklumkan kes COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menurut Dzulkefly, tindakan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini adalah wajar mengikut keperluan serta bersistematik dan bukan sahaja melihat kepada jumlah kenaikan kes semata-mata. 

Katanya, segala tindakan diambil berpandukan bukti atau 'evidence based' yang dikumpul KKM dan masyarakat tidak perlu panik kerana kes COVID-19 di negara ini masih dalam keadaan terkawal, sebaliknya, beliau meminta orang ramai supaya mengambil sikap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti.

ROSLINA BINTI DIN