fb fb fb fb fb

Pelaksanaan 140 projek RKB, beri penjimatan RM1.4 bilion

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

ALOR SETAR, 16 November - Terdapat 1,007 proses pelaksanaan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan daripada jumlah itu kerajaan telah melaksanakan 140 projek dengan anggaran penjimatan sebanyak RM1.4 billion.

Ketua Setiusaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata RKB, merupakan inisiatif kerajaan untuk mempercepat dan dan menambah baik urusan kerajaan melalui pengurangan birokrasi.

Inisiatif tersebut melibatkan pelbagai agensi dan projek untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan produktiviti.

"Setakat ini, terdapat 1,007 proses yang dikenal pasti boleh dipercepatkan demi memudahkan pengguna. Daripada jumlah itu, kita telah melaksanakan penambahbaikan dengan anggaran penjimatan sebanyak RM1.4 bilion, berdasarkan sifir dan formula yang ditetapkan.

"Kita juga akan memperluas usaha ini kepada lebih banyak program dan proses lain bagi terus memudahkan urusan semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di sini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan Sijil projek RKB kepada jabatan dan agensi di Kedah yang terlibat dalam Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Antara yang menerima sijil itu ialah Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Syariah Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani, dan Majlis Perbandaran Kulim.

Dalam pada itu, Tan Sri Shamsul Azri mengulangi nasihat kepada seluruh penjawat awam agar sentiasa berintergriti dalam melaksanakan tugas yang dimanahkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI