KEMAMAN, 16 November – Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Raudhatul Athfal, di sini musnah selepas terbakar pagi tadi.
- Status pelarian kini bersifat sementara dan boleh disemak serta ditarik balik jika negara asal dianggap selamat.
- Tempoh menunggu untuk penempatan tetap dilanjutkan kepada 20 tahun, mengubah jangkaan penempatan cepat.
- Kerajaan mengetatkan dasar imigresen, khususnya terhadap penyeberangan haram menggunakan bot kecil dari Perancis.
- Sokongan undang‑undang seperti perumahan dan elaun mingguan akan dimansuhkan untuk sesetengah pemohon suaka.
Bagaimanapun, 46 murid dan empat guru yang berada dalam premis itu berjaya dibawa keluar oleh penduduk yang berada berdekatan premis tersebut.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Sa’ariah Hassan memaklumkan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kemaman bersama tiga jentera digegaskan lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 10.06 minit pagi.
“Operasi pemadaman bermula pada pukul 10.15 pagi. Api berjaya dikawal selepas tiga puluh minit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.30 pagi,” maklumnya.
Tambah beliau, siasatan terperinci akan dilaksana bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, salah seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu dia melihat kepulan asap keluar dari bahagian atas bangunan itu.
“Saya terus memaklumkan kepada guru-guru berhubung perkara itu sebelum semua murid diarah keluar menyelamatkan diri,”katanya.