fb fb fb fb fb

COVID-19 di Johor terkawal

JOHOR BAHRU, 18 Julai- Situasi semasa pandemik COVID-19 di Johor, berada dalam keadaan terkawal. Kes harian dicatatkan berada pada dua angka.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, perkembangan positif tersebut, hasil daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang baik, dalam kalangan rakyat negeri itu.


(Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu)

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor, kerana memainkan peranan dalam mengawal penularan COVID-19 dalam negeri, selain membendung pembentukan Kluster baharu.

"Sehingga hari ini alhamdulilah, tiada kluster baharu, Insya-Allah terkawal, orang ramai supaya patuhlah prosedur operasi Standard (SOP), walau di mana berada, di tempat tertutup, untuk memakai pelitup muka", katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyertai Operasi Bersepadu, Penguatkuasaan Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Johor Bahru.

Media Baharu