fb fb fb fb fb

COVID-19: 5,522 jangkitan harian direkodkan, 3,285 kes sembuh

 



KUALA LUMPUR, 28 Januari- 5,522 kes baharu direkodkan setakat 12 tengah hari pada Jumaat menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,855,930.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu COVID-19 semalam masih menunjukkan trend peningkatan berbanding 5,439 kes dilaporkan pada Khamis.

Beliau berkata 99.3 peratus atau 5,483 daripada 5,522 kes baharu itu dikategorikan sebagai Kategori Satu dan Dua.

Manakala hanya 0.7 peratus iaitu 39 kes adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima.

"Sebanyak 373 atau 69.4 peratus daripada jumlah kes baharu adalah kes import manakala 5,149 kes atau 96.1 peratus ialah kes tempatan.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 127 kes dan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.

Trend peningkatan ini bermula pada 24 Januari dengan merekodkan sebanyak 3,214 kes dan terus meningkat kepada 4,066 kes pada hari berikutnya, kemudian 4,744 kes dilaporkan pada 26 Januari lalu.

Mengenai kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,285 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada wabak itu adalah 2,773,948 orang.

Katanya, 23 kluster baharu dikesan, sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif kini 289 kes.

Sementara itu, beliau berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara berada pada paras 1.15 dengan Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.21 setakat Khamis.

Media Baharu