fb fb fb fb fb

62 kes disahkan varian Delta bagi tempoh 25-28 Januari



KUALA LUMPUR, 29 Januari- Sebanyak 62 kes positif Covid-19 membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) disahkan sebagai varian Delta bagi tempoh 25 hingga 28 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, bagi tempoh itu, 40 kes Delta dikesan di Pulau Pinang dan tujuh di Kuala Lumpur.

"Masing-masing lima kes Detla di Pahang dan Perak, Kelantan (tiga), Kedah (satu) dan Selangor (satu)," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan varian Delta di negara ini adalah 6,250 kes.

"Kesemua kes ini adalah varian Delta, menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah 7,118 kes.

"Daripada keseluruhan jumlah yang dikesan itu, sebanyak 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya.

Katanya, Varian Delta dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) termasuk Omicron (601 kes), Beta (233) dan Alpha (14).

Setakat ini, Malaysia merekodkan 20 kes varian berkepentingan (VOI) iaitu Theta (13), Kappa (empat) dan Eta (tiga).

Media Baharu