fb fb fb fb fb

CLEVER: Perkasa pembangunan teknologi kenderaan elektrik dalam negara


ISKANDAR PUTERI, 1 Julai-
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Program Campuses For Electric Vehicle Expeditious Roll - Out (CLEVER), dalam usaha memperkasa pembangunan teknologi Kenderaan Elektrik (EV) dalam negara.

Inisiatif itu diterajui NanoMalaysia Berhad (NMB) melibatkan penggunaan EV di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Malaysia (UniTen), serta Educity Iskandar.

Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kampus berkenaan dipilih kerana lokasi bersesuaian, persekitaran terkawal, serta had kelajuan dan bilangan kenderaan yang kurang.

Lokasi tersebut juga bersesuaian, dijadikan platform pengesahan pasaran, validasi teknologi, pematuhan aplikasi peraturan, piawaian serta pembangunan pengunaan EV.

Inisiatif akan dimulakan dengan penempatan EV dua roda, dan stesen pertukaran bateri, serta kenderaan konvensional ditukar menjadi EV.

"Langkah ini juga secara tidak langsung menggalakkan rakyat malaysia untuk memiliki dan menggunakan EV sebagai pengangkutan pilihan. Justeru, NMByang merupakan peneraju program CLEVER bertindak mengawal selia dan memacu inovasi syarikat pemula untuk mempercepatkan pembangunan dan pengunaan teknologi," katanya.


(Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba)

Beliau berucap demikian semasa Pelancaran Program CLEVER dan Penyerahan Memorandum Persefahaman CLEVER antara NMB, Educity Iskandar Malaysia dan universiti terlibat di Iskandar Puteri.

Program CLEVER juga akan mengumpul data untuk dianalisa dan digunakan sebagai konsep bagi tujuan pengkomersialan, selain bermatlamat mengurangkan perlepasan Karbon, selaras misi Negara Neutral Karbon seawal 2050.

Ia juga dapat menyediakan platform bagi syarikat pemula dan inovator, menjalankan ujian sebenar dalam persekitaran terkawal.

Media Baharu