fb fb fb fb fb

Kelayakan Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia diperluas

PUTRAJAYA, 1 Julai- Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia kini diperluaskan kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia ditawarkan melalui platform digital myezycover.com dan menyediakan pembiayaan tanpa faedah dengan tempoh pembayaran semula selama 10 bulan untuk pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan

Malah menjadi medium penyelesaian kewangan digital bagi urusan pembiayaan takaful kenderaan dalam keadaan cabaran ekonomi tidak menentu pada masa kini.

(Ismail Sabri semasa melancarkan program Pembiayaan Insurans Kenderaan
Keluarga Malaysia myezycover.com/FB Ismail Sabri)

"Sukacita saya maklumkan bahawa, inisiatif yang dilancarkan pada hari ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh semua penjawat awam tetapi juga mereka yang bertaraf kontrak.

"Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan," kata Ismail Sabri semasa melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com di sini.

Media Baharu