
MANILA, 16 November -China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dan negara anggota ASEAN lain, khususnya dalam pemindahan teknologi kecerdasan buatan (AI).
- Perdana Menteri tekankan fokus mempergiat usaha dalam bidang kecerdasan buatan dan keselamatan siber dalam perbincangan serantau.
- Kerjasama dengan Australia dan Korea turut dibincang bagi memperkukuh usaha AI di kalangan negara ASEAN.
- Persetujuan dicapai untuk meningkatkan pemindahan teknologi AI dan menyediakan latihan tambahan kepada Malaysia serta anggota ASEAN.
- ASEAN memberi penekanan khusus kepada PMKS dalam perbincangan berkaitan tenaga dan perdagangan dengan China, Korea Selatan, Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara fokus perbincangan bersama rakan dialog sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, yang turut merangkumi aspek keselamatan siber.
“Dalam semua perbincangan bersama negara ASEAN, Australia dan Korea, kita menekankan kepentingan mempergiat usaha dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
“Namun, dalam perbincangan khusus bersama China, kita mencapai persetujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang AI, termasuk pemindahan teknologi serta penyediaan latihan tambahan kepada Malaysia dan negara anggota ASEAN lain,” katanya kepada pemberita.
ASEAN turut memberi penekanan khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam perbincangan bersama dengan China, Korea Selatan dan Australia yang menyentuh sektor tenaga serta perdagangan.