fb fb fb fb fb

CAKE sambut baik pengumuman kerajaan turun harga telur ayam

(Foto fail)

ALOR SETAR, 6 Disember- Persatuan Pengguna negeri Kedah (CAKE) menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga telur ayam.

Presidennya, Mohd Yusrizal Yusuf berkata selain dapat meringankan beban rakyat khususnya golongan B40, beliau berharap bekalan telur mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

Pada ketika ini harga bagi sebiji telur gred A ialah 45 sen, Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen).

"Apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga telur kita pengguna ni menyambut baik, kita mendengar suara-suara pengguna di laman sosial dan saya sendiri turun padang berjumpa dengan pengguna. Kita nampak respons baik positif daripada semua kalangan pengguna.

"Kita persatuan pengguna sangat berharap kerajaan memastikan bahawa bekalan telur ini mencukupi buat rakyat," kata Mohd Yusrizal kepada media di sini.

Menurutnya, bekalan telur kembali meruncing sejak kebekangan ini, selepas terdapat hampir 70% bekalan telur minggu lalu.

Namun, bekalan telur habis dalam tempoh sejam.

Ketiadaan bekalan juga menyebabkan terdapat kenaikan harga terutama peniaga yang produknya berasaskan telur.

(Mohd Yusrizal CAKE sambut baik pengumuman kerajaan turun harga telur ayam)

Media Baharu