
BAYAN LEPAS, 17 Januari – Cadangan penukaran nama Jalan Pantai Bersih, Butterworth masih dalam perbincangan kerajaan Pulau Pinang.
RINGKASAN BERITA AI
- Cadangan penukaran nama Jalan Pantai Bersih masih dalam perbincangan kerajaan negeri.
- Pelbagai aspek akan dipertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan.
- Jawatankuasa Nama Jalan Negeri akan menilai unsur sejarah dan kesesuaian.
- Isu timbul selepas tular cadangan menukar nama kepada Jalan Tokong Naga.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pelbagai aspek akan dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Jawatankuasa Nama Jalan Negeri akan meneliti sebarang pertimbangan dan menilai unsur sejarah serta kesesuaian untuk digantikan atau dinamakan semula,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran My School Ai Hub di Auditorium Murad Mohd Noor, dekat sini.
Terdahulu, tular di media sosial nama jalan tersebut akan ditukarkan kepada nama Jalan Tokong Naga.