fb fb fb fb fb

Cadangan pusat sehenti berkaitan forensik diwujudkan, percepat siasatan kes berprofil tinggi

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bercakap pada sidang media selepas merasmikan
'National Forensic Science Symposium For Law Enforcement' (NAFSLE) di ibu negara hari ini)

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Pusat sehenti berkaitan forensik yang lengkap dicadang untuk diwujudkan bagi memudahkan dan mempercepatkan siasatan terutama melibatkan kes berprofil tinggi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pembinaan pusat berkenaan membolehkan semua pasukan penguatkuasaan undang-undang dan agensi berkaitan menggunakan tempat yang sama.

"Bila kita lihat siasatan mencari penyelesaian dari mana-mana kes kita perlukan siasatan yang begitu rapi, tadi saya maklumkan bila kita nak lakukan melalui 'guilty mind', penekanan 'the guilty act' yang dilakukan itu, ianya berkait rapat tetapi kalau ada satu kaedah yang begitu baik di sini, mencukupi dengan alatnya, lab yang cukup saya yakin kita dapat percepatkan kerana kalau yang bersalah, kita boleh bawa mereka terus ke mahkamah," kata beliau ketika ditemui media selepas merasmikan 'National Forensic Science Symposium For Law Enforcement' (NAFSLE), di sini hari ini.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin merasmikan 'National Forensic Science Symposium
For Law Enforcement' (NAFSLE) di ibu negara hari ini)

Selain itu, dengan adanya pusat sehenti ini juga, mereka yang tidak bersalah juga dapat dibuktikan dengan cepat dan lengkap dengan bukti di mahkamah nanti.

Hamzah berkata selain penguatkuasaan, pusat sehenti itu juga dapat digunakan oleh agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu siasatan.

Ia juga dapat memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang sains forensik selain mempertingkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Hamzah turut mencadangkan satu elaun khas diberikan kepada pegawai penyiasat forensik.

Media Baharu