fb fb fb fb fb

Persidangan PAT ASEAN Ke-22, cadangan tubuh task force dipertimbang

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar

Kuala Lumpur, 4 September - Persidangan Panglima Angkatan Tentera ASEAN Ke-22 akan menumpukan kepada cadangan penubuhan Pasukan Petugas Khas atau "task force" ASEAN.

Jelas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, cadangan ini susulan negara-negara ASEAN belum mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disepakati bersama, khususnya dalam kalangan angkatan tentera.

Mengambil contoh konflik di Thailand dan Kemboja, ia membuka ruang untuk ASEAN menilai keperluan SOP bersama yang jelas dan efektif.

"Apa yang berlaku di Thailand dan Kemboja, membuka ruang untuk kita melihat bahawa kita memerlukan satu pasukan khas.

"Saya mencadangkan SOP ini sekiranya berlaku bencana, kita telah ada SOP yang boleh dilaksanakan mengikut keperluan dan tanggungjawab", katanya selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini, hari ini.

Tambanya, cadangan ini dilihat mampu meningkatkan kerjasama multilateral antara negara-negara ASEAN selain memberi impak yang lebih praktikal.

Beliau berkata, usaha ini selari dengan usaha ASEAN dalam membangunkan "Code of Conduct" serantau bagi memperkukuh keselamatan dan kerjasama antara negara anggota.

Persidangan bakal berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 September 2025 di Kuala Lumpur.

Trainee