fb fb fb fb fb

Cadangan meletakkan SPRM di bawah EAIC sedang diteliti

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Kerajaan sedang mempertimbang untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pemantauan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata cadangan itu bagi memastikan urusan tatatertib agensi penguatkuasaan, sama ada di peringkat pengurusan atau pelaksana ditadbir urus secara sistematik.

Beliau berkata, cadangan meletakkan SPRM di bawah pemantauan EAIC juga akan memastikan sebarang salah laku pegawai agensi penguatkuasaan itu dipantau secara komprehensif selain memenuhi keperluan semak dan imbang.

(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Ramkarpal Singh)

"Ekoran daripada ini..satu jawatankuasa telah pun ditubuhkan. Selain daripada itu, pada Dua Mei lalu, satu mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dihadiri Pesuruhjaya EAIC telah pun diadakan untuk mendapat pandangan seterusnya tentang isu yang dibangkitkan.

"Pada 17 Mei satu perbincangan di peringkat tahap kerja telah diadakan bagi membincankan isu ini.
Jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pihak yang berkepentingan akan mengesyorkan hasil dapatan bagi mendapatkan  ketepan dasar oleh Jemah Menteri," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang bertanya sama ada kerajaan akan meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah mewujudkan badan bebas yang mempunyai kuasa kawalan tatatertib berkesan bagi meningkatkan integriti penguat kuasa dan agensi berkenaan.

Media Baharu