fb fb fb fb fb

Cadangan bina Lapangan Terbang Seri Iskandar belum dapat kelulusan MOT

SERI ISKANDAR, 21 Mei - Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Seri Iskandar masih belum mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.
 
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata kelulusan berkenaan membabitkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi kerajaan negeri sebelum kajian lapangan dimulakan.

"Kajian lapangan belum dimulakan kerana kita masih belum menerima sebarang kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Pusat.

"Jadi, hasrat untuk mendirikan lapangan terbang itu masih tergantung.Belum ada apa-apa keputusan", katanya demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Explorvokasi Keselamatan Jalan Raya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Seri Iskandar di sini.

Sebelum ini, Perak mengharapkan Kerajaan Pusat bersetuju terhadap cadangan pembinaan lapangan tersebut di daerah Perak Tengah,  bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
 
Lapangan terbang itu dicadangkan dibina di tapak baharu seluas kira-kira 1,618.7 hektar berdekatan Felcra Nasaruddin, Bota. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD