fb fb fb fb fb

Khairiah dinobat Tokoh Guru JAIM 2024

Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2024, Khairiah Abdullah/Foto RTM

MELAKA, 21 Mei - Khairiah Abdullah berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2024.

Beliau yang telah berkhidmat selama 31 tahun juga berjaya mengharumkan nama Melaka dengan meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan.

Berbaki satu tahun dalam pengajian Doktor Falsafah, beliau nekad untuk membuktikan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) juga boleh berjaya jika terus berusaha.

"Saya ingin jadi guru JAIM yang berakademik.Saya hendak mengajar anak-anak murid. Saya ingin membawa wadah guru JAIM.

"Tajuk PHD saya pun tentang guru KAFA yang mengajar MBPK ketidakupayaan pendengaran. Saya ingin naikkan martabat guru KAFA",katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di sini.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Lebih 500 orang guru dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Melaka diraikan pada majlis berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD