fb fb fb fb fb

Cadangan adakan PRU15 dalam masa terdekat akan dibincangkan mesyuarat Kabinet Rabu ini - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemu bual media selepas Majlis
Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di Putrajaya) 

PUTRAJAYA, 19 September - Cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, segala pendapat dan cadangan berhubung PRU berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat itu.

"Kita akan bincang dalam kabinet sebab dalam kabinet ada wakil daripada parti Bersatu, ada wakil daripada parti-parti lain, GPS dan sebagainya, daripada UMNO, jadi kita akan bawa ke dalam kabinet, hari Rabu ini saya ada (mesyuarat) kabinet sebelum berlepas ke New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mungkin saya boleh bawa dalam kabinet minggu ini," kata beliau ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040, di sini hari ini.

(Foto fail/ SPR)

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Media Baharu