JOHOR BAHRU, 19 September- RM3 juta bagi Dana Pesakit Jantung Warga Johor disalurkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sejak 2017 sehingga Ogos tahun ini
Ia bagi meringankan beban rakyat Johor mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kos rawatan yang ditanggung melibatkan tiga kategori, pembedahan jantung termasuk alatan diperlukan, rawatan susulan dan pendaftaran rawatan.
RM1.8 juta sudah diperuntukkan kepada 415 pesakit yang mendapatkan rawatan di IJN sejak 2019.
Dana itu layak dipohon seluruh rakyat Johor termasuk asnaf dan B40 yang perlu atau sedang mendapatkan rawatan di IJN.
FOTO FB zakatjohor
"Kaedah ini kenapa kita bagi kepada IJN, kerana mereka tak perlu mohon kepada MAIJ sebab mereka dah boleh pada IJN, kalau tengah sakit nak balik negeri kan susah, sakit di IJN boleh mohon di IJN, kita dah bagi duit di sana," ujar beliau selepas Majlis Libat Urus bersama pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Johor di sini.
Pada majlis tersebut RM376,500 dana disumbangkan kepada anak yatim dan dua surau di daerah Johor Bahru.