fb fb fb fb fb

Cabaran laporan haji, peluang dan pengalaman berharga

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Setelah Hampir 50 hari bertungkus lumus menyediakan laporan mengenai ibadah haji seramai empat orang petugas media selamat pulang ke tanah air hari ini termasuk wakil daripada RTM. Mereka tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12:30 tengah malam.

Dua petugas media RTM iaitu, Annaz Md Nor dan Faiz Shauqi mengakui pengalaman membuat liputan haji sesuatu yang cukup istimewa biarpun berdepan cabaran cuaca panas.

Selain menyediakan laporan, petugas media juga berpeluang menunaikan ibadah haji seperti jemaah lain.

(Annaz Md Nor)

Bagi Annaz Md Nor, selama hampir 50 hari diberi tanggungjawab sebagai pelapor musim haji, berdepan banyak terutamanya cuaca ekstrem pada tahun ini.

"Saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Kami berjaya membuat dan menyelesaikan liputan untuk program Salam Baitullah yang disiarkan di TV1 dan juga Selamat Pagi Malaysia selain laporan berita untuk TV dan radio," katanya kepada pemberita di KLIA.

Seperti jemaah lain, petugas media juga berdepan pengalaman dan cabaran sepanjang melakukan ibadah sambil bekerja.

(Faiz Shauqi)

Menurut Faiz Shauqi, tugasan kali ini amat mencabar terutama mendapatkan akses internet agak terhad untuk tujuan siaran langsung, Selamat Pagi Malaysia dan Salam Baitullah.

"Kita berjaya mendapatkan sambungan (talian internet) yang baik di beberapa lokasi antaranya di depan Gua Hira', ketika itu.. waktu Malaysia kira-kira pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan siaran langsung dari sana," katanya.

Bagaimanapun Faiz tetap berbangga kerana masih dapat menyelesaikan tugasan mengikut kehendak penerbit. 

"Saya fikir semasa waktu subuh di Arafah merupakan kenangan yang saya paling suka dan akan diingati," katanya.

Penerbangan balik terakhir dijadualkan pada 1 Ogos ini.

Media Baharu