Buruh maut elak rempuh kanak-kanak

Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa – Foto RTM

SAMARAHAN, 18 Mei – Seorang pekerja buruh maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak daripada merempuh seorang kanak-kanak di Kampung Moyan Laut, Asajaya, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6 petang.
  • Mangsa dikenali sebagai Suhaimi Supi, 47, dalam perjalanan dari Asajaya ke Moyan Laut.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Asajaya pada pukul 7.50 malam akibat kecederaan parah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Suhaimi Supi, 47 dalam perjalanan dari arah Asajaya ke Moyan Laut.

Setibanya di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 11 tahun berlari secara tiba-tiba di tepi jalan menyebabkan mangsa terbabas sebelum tersungkur di atas jalan.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Asajaya pada pukul 7.50 malam akibat kecederaan parah dialaminya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.