fb fb fb fb fb

Bumbung tujuh buah rumah diterbangkan

Bumbung rumah penduduk di Kampung Padang Besar Kurong Anai, Arau diterbangkan angin

ARAU, 30 Oktober- Bumbung tujuh buah rumah rosak akibat diterbangkan angin di Kampung Padang Besar Kurong Anai, Arau.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, "ia merupakan kejadian kali kedua berlaku yang mengakibatkan empat buah rumah di Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer 2 terjejas."

Bagaimnapaun pihak MAIPs sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran kerosakan setiap rumah terlibat.

Mereka yang terjejas turut diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI