fb fb fb fb fb

JBPM kenal pasti lebih 700 hotspot banjir di Johor

Foto BERNAMA

MERSING, 30 Oktober- Seramai 1,400 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor meningkatkan persediaan menghadapi peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang bermula ketika ini.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir berkata ia sebagai persiapan berdepan banjir memandangkan Johor memiliki 745 hotspot banjir.

"Simulasi persiapan yang dijalankan ketika ini memfokuskan kepada fungsi aset-aset yang bakal digunakan ketika banjir.

"Semua balai bomba seluruh Johor juga diminta meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan jika hujan melebihi dua jam.

"Kita akan membekukan cuti anggota bomba secara berperingkat sekiranya berlaku banjir dan mereka yang bercuti juga akan dipanggil," katanya semasa Hari Pengujian Bot serta Latihan Kesiapsiagaan MTL 2023/2024 Peringkat JBPM Negeri Johor di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM