fb fb fb fb fb

Bumbung bangunan Pusat Komersial Oakland runtuh, lima cedera

FOTO BOMBA SEREMBAN 2

SEREMBAN, 19 Januari- Lima orang cedera dalam insiden bumbung bangunan yang runtuh di Pusat Komersial Oakland, sini, Negeri Sembilan, tengah hari tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.05 tengah hari.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Harziz Hashim, kejadian tersebut melibatkan runtuhan bumbung bangunan berukuran 20x100 kaki persegi di premis yang dalam proses pemasangan sistem solar.

Lima mangsa dilapor cedera dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba.

Harziz berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA