fb fb fb fb fb

Bukit Larut ditutup akibat tanah runtuh, pokok tumbang

IPOH, 13 Januari- Pusat Peranginan Bukit Larut ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat pada pukul 3.00 petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook Pengurusan Bukit Larut, kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh keadaan tanah dan pokok tumbang.

Susulan kejadian itu, kawasan peranginan berkenaan telah ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti bagi mengelak risiko.

"Kita akan maklumkan dan kemas kini tempoh penutupan ini selepas pemeriksaan tahap keselamatan dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kelak," menurut kenyataan itu.

Kejadian tanah runtuh juga turut berlaku di laluan jalan berdekatan Tea Garden Bukit Larut.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh
keadaan tanah dan pokok tumbang / FOTO FB Pengurusan Bukit Larut

Pihak JKR telah mengambil langkah keselamatan segera dengan memasang plastik menutupi kawasan yang runtuh bagi mengelak kesan hakisan berterusan, malah kon dan pita keselamatan telah dipasang di sepanjang jalan yang terlibat bagi menanda laluan yang terjejas.

Media Baharu