fb fb fb fb fb

Jangan pandang remeh isu kesihatan mental - Pakar

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Aspek kesihatan fizikal dan mental perlu seimbang memandangkan ia mampu memberi kesan kepada kehidupan seharian serta hubungan dalam komuniti.

Pegawai Perubatan Sarjana Latihan Pakar Perubatan Keluarga, Hospital Shah Alam, Dr. Muhamad Farid Azraai Muhar berkata, masyarakat tidak boleh memandang remeh isu kesihatan mental memandangkan 2.3 peratus rakyat Malaysia sudah mengalami masalah kesihatan itu.

Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 500,000 orang mengalami kemurungan manakala bagi kanak-kanak pula melibatkan 424,000 orang.


(Foto Hiasan)

"Kita perlu menjaga kesihatan fizikal, elakkan daripada merokok, mengambil alkohol secara berlebihan agar kesihatan mental kita sihat. Aktiviti seperti senaman, bersosial dan mengamalkan tabiat hidup yang seimbang, dapat membantu dalam memastikan kesihatan mental serta fizikal dijaga dengan baik," katanya ketika menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Media Baharu