fb fb fb fb fb

BUDI95 disambut baik, bantu rakyat nikmati penjimatan petrol subsidi

Penjawat awam, Muhammad Amirul Hakimi berkata inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mampu mengelakkan penyalahgunaan subsidi oleh pihak luar

SEREMBAN, 30 September – Golongan pelajar dan pekerja swasta antara yang terawal menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang mula dilaksanakan kerajaan.

Program itu bukan sahaja memberi penjimatan kepada pengguna, malah mengurangkan risiko ketirisan dalam pembelian minyak petrol bersubsidi.

Seorang pelajar, Muhammad Amirul Asyraf Razali berkata beliau merasai penjimatan ketara hasil inisiatif tersebut.

3009 N9 REAX BUDI95 4Muhammad Amirul Asyraf Razali

“Harga minyak sebelum ada BUDI ialah RM2.05, tetapi selepas ada BUDI turun kepada RM1.99. Dari situ sudah ada penjimatan. Contohnya, sebelum ini saya isi RM45 dapat 16 liter, tetapi sekarang dengan jumlah sama dapat 17 liter. Terima kasih kepada BUDI95 kerana saya dapat merasai penjimatan luar biasa daripada program ini,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Puvanesawaran Kailasam, turut menyatakan program itu sangat bermanfaat khususnya bagi pelajar.

3009 N9 REAX BUDI95 2Puvanesawaran Kailasam

“BUDI95 sangat memanfaatkan saya sebagai pelajar untuk bergerak ke institusi atau ke mana sahaja. Itu pandangan saya, ia membantu saya dan rakan-rakan di Malaysia. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melancarkan program ini untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Law Teck Siang, berpandangan BUDI95 adalah langkah baik untuk rakyat Malaysia.

3009 N9 REAX BUDI95 1Law Teck Siang

“BUDI ini bagus untuk negara kita pada masa depan kerana ia subsidi khas untuk rakyat Malaysia. Saya fikir ini satu inisiatif yang baik daripada kerajaan untuk membezakan rakyat tempatan dengan orang luar,” katanya.

Bagi seorang penjawat awam, Muhammad Amirul Hakimi, inisiatif itu mampu mengelakkan penyalahgunaan subsidi oleh pihak luar.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana ini merupakan satu pelan yang baik untuk rakyat Malaysia. Kebaikan ini juga memastikan tiada orang luar datang curi minyak kita. Kita dapat harga subsidi yang disediakan khas untuk kita sendiri, itu sangat bagus,” katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN