fb fb fb fb fb

Budak tiga tahun jatuh tali air ditemukan

(Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu,Mohd Mazimi Mohamad)

KUALA TERENGGANU, 13 Disember- Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh kedalam tali air di Kampung Kebor Besar,Manir ditemukan lemas.

Mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobrey,3 tahun dijumpai kira-kira jam 11.34 pagi tadi oleh pasukan pencarian.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu,Mohd Mazimi Mohamad berkata mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa dijumpai oleh team penyelamat jarak dijumpai anggaran 500 meter dari last mangsa jatuh mangsa yang kita jumpa lebih kurang jam 11.34 pagi,"katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu ibu mangsa Nurul Ain Bakri berterima kasih kepada pasukan mencari dan orang ramai yang terlibat dalam operasi mencari anak keduanya itu.

Pada Isnin seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa dikatakan sedang bermain di atas jambatan bersama abangnya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.


(Anggota bomba membantu mengangkat mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobrey)

Media Baharu