fb fb fb fb fb

Buaya panjang 12 kaki ditangkap di Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mei - Seekor buaya berukuran sepanjang kira-kira 12 kaki telah ditangkap oleh penduduk kampung secara beramai-ramai di Kampung Lok Baru, Pulau Gaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kassim Muda yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Siasatan awal mendapati, penduduk kampung telah melihat kelibat buaya tersebut di perairan kampung berdekatan sebelum berpakat beramai-ramai menangkap buaya terbabit menggunakan tali dan bot," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat berkenaan, anggota Balai Polis Pulau Gaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Kassim berkata, reptilia terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut.

Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 petang.

Customer Support