fb fb fb fb fb

BPT: KPKM setuju tambah 1,110 tan metrik lagi untuk diedarkan seluruh negara

SEREMBAN, 26 September- Kementerian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju untuk menambah 1,110 tan metrik lagi bekalan beras putih tempatan (BPT) kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk diedarkan di seluruh negara bagi bulan ini.

Menterinya, Chan Foong Hin berkata, sebanyak 400 tan metrik BPT yang diperuntukkan kepada FAMA untuk diedarkan sudah habis terjual, setakat ini. 

"(Menerusi) program khas BPT yang dianjurkan oleh KPKM ini, kita mengerakkan kesemua agensi dan juga pemborong utama untuk memastikan bekalan (BPT) mencukupi di pasaran.

"Kita sasar sebulan (sekitar) 8,000 tan metrik beras putih tempatan, sekurang-kurangnya mahu memastikan 8,000 tan metrik berada di pasaran.

"FAMA telah diamanahkan, pada mulanya cuma 400 tan metrik untuk satu bulan dan mereka sudah mengatasi pretasi (sehingga) boleh tambah 1,000 tan metrik lagi," katanya kepada media pada Program Sesi Taklimat dan Lawatan Kerja Bagi Pelan Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan di Pusat Operasi FAMA Senawang di sini.

Sementara itu, Ketua Pengara FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya akan terus komited untuk mengedarkan beras putih tempatan di semua cawangannya di seluruh negara. 

(Abdul Rashid Bahri dan Chan Foong Hin) 

Media Baharu