KUALA LUMPUR, 26 September- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan sebanyak RM80 juta pada tahun ini bagi penyelenggaraan sekolah.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan peruntukan penyelenggaraan itu termasuk akibat bencana dan kecemasan seperti kebakaran.
"Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, bumbung, pendawaian elektrik, pagar, longkang, dan lain-lain penyelenggaraan kecIl," katanya ketika menjawab isu dibangkitkan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair berkenaan isu sekolah banjir di Parlimen.
Dalam perkembangan lain Fadhlina berkata sebanyak 23 projek pembinaan semula bangunan daif di Negeri Sembilan diluluskan.
Jumlah itu melibatkan 18 buah sekolah kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (tiga) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (2) dan menelan kos sebanyak RM76.5 juta.
Bagaimanapun sehingga 18 September, sebanyak 18 projek telah siap, satu projek pada tahap pembinaan dan empat projek lagi dalam peringkat pra-pembinaan.
Berkenaan penyaluran peruntukan, Fadhlina berkata "KPM menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kepada sekolah berdasarkan keperluan kawasan dengan adil dan sewajarnya. Ia juga berdasarkan permohonan dan susunan keutamaan."
Fadlina turut memaklumkan permohonan peruntukan penyenglenggaraan tambahan boleh dikemukakan bagi keperluan pembaikan dan penyelenggaraan namun perkara itu bergantung kepada kedudukan kewangan KPM.
(Fadhlina Sidek)