fb fb fb fb fb

BP3.0: Kaedah perolehan secara penswastaan akan dipertimbang - PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Kerajaan menambah baik aspek kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran dan warga awam menerusi Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan (B.P 3.0).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, rangka tindakan ini akan memastikan perancangan Agenda Perumahan MINDEF yang bermula tahun ini hingga 2030 dapat dilaksanakan dengan teratur.

""Di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf, termasuk pengubahsuaian daripada dua unit kepada satu unit. Pada masa yang sama, perabot lama yang telah rosak akan diganti dengan perabot yang baharu.

"Di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara," kata Ismail.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di ibu negara.

Beliau menyatakan, hasil daripada Blueprint Perumahan 1.0 dan Blueprint 2.0, sebanyak 4,200 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera RKMAT baharu telah berjaya disiapkan dan diduduki.

552 unit RKMAT lagi dijangka siap dan boleh diduduki selewat lewatnya pertengahan dan hujung tahun 2022 serta lebih daripada seribu RKMAT telah diselenggara.

Jumlah berkenaan tidak termasuk pembinaan rumah mampu milik di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) dan inisiatif perumahan veteran.

Sementara itu, untuk memastikan matmalat Blueprint Perumahan 3.0 dapat dicapai, kerajaan akan memberikan pertimbangan untuk melaksanakan kaedah perolehan secara penswastaan seperti ‘bina-pajak- senggara-pindah (BLMT) atau landswap.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ia bagi meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung.

 


(Turut hadir pada majlis pelancaran  Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan, Menteri Kanan Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zambrose Mohd Zain
dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah)

Media Baharu