fb fb fb fb fb

Haji visa furada, orang ramai harus faham konsep

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Individu yang ingin menunaikan Haji menggunakan Visa Furada perlu memahami konsep visa tersebut untuk elak ditipu.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Pengguna Pelancongan Islam Malaysia, Datuk Dr. Abdul Halim, harga yang ditetapkan bagi visa tersebut mencecah RM40,000. Justeru penawaran harga serendah RM16,000 adalah mustahil.

"Antara perkara yang perlu mereka menilai adalah harga pakej itu sendiri, haji furadah tidak mungkin bawah daripada RM40,000 bila ada yang membuat tawaran RM16,000 ada yang RM25,000 ini ada sesuatu tidak kena. Mustahil pakej ini dijadikan sebagai pakej jualan pakej penaja biasanya dia akan taja terus dan tidak akan ada jualan," katanya selepas menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.


(Presiden Persatuan Pengusaha Pengguna Pelancongan Islam Malaysia, Datuk Dr. Abdul Halim)

Visa Furada diuruskan syarikat pelancongan dan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji (TH).

Kuota yang dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi bagi Visa tersebut adalah minimum dan jemaah juga tertakluk dengan had umur yang telah ditetapkan.

Minggu lalu, lebih 400 jemaah haji terkandas di KLIA selepas gagal memperoleh visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Media Baharu