fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kota Setar, 10 rumah terjejas

ALOR SETAR, 13 Julai - 10 buah rumah di Kampung Alor Gunung daerah Kota Setar masih dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang turun semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (Pertahanan Awam) Norlizawati Ismail menerusi kenyataan berkata paras air sungai dalam keadaan terkawal.


(Anggota pertahanan awam membantu warga emas keluar dari kediaman yang terjejas banjir)

Menurutnya, paras air naik sehingga ke paras lutut berbanding semalam setakat pukul 2 petang tadi. Kenaikan paras air di kawasan kampung tersebut dikesan bermula pada pukul 11 pagi tadi.

Katanya ketika ini keadaan hujan di Alor Setar dan pemantauan masih dilakukan di kawasan tumpuan paras air naik.

Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko iaitu berhampiran sungai dan kawasan rendah dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa jika keadaan hujan lebat berterusan.

Media Baharu