fb fb fb fb fb

Bot karam: Tuai rumah hilang ditemui maut

Mayat mangsa, Tuai Rumah, Banggau Ngilas, 71, ditemui orang awam awal pagi tadi

SRI AMAN, 15 September- Tuai Rumah, Banggau Ngilas, 71, yang dilaporkan hilang selepas bot karam di Sungai Bayai di sini ditemui orang awam pada pukul 3.48 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi bot karam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama menantunya, Roys Misen, 36, karam akibat melanggar batang kayu di tengah sungai pada pagi semalam.

Kejadian berlaku berhampiran Bayai Water Treatment Plant ketika kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari ladang sawit sambil membawa muatan sawit.

SITI AISHAH BINTI MD ISA