fb fb fb fb fb

20 penduduk Kampung Simpang 4 Dalam terperangkap banjir

Anngota bomba meredah banjir di Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim

TANJUNG MALIM, 15 September - Lebih 20 penduduk Kampung Simpang 4 Dalam, di sini terperangkap dalam banjir selepas kawasan itu dinaiki air awal pagi tadi.

Paras air dilaporkan semakin meningkat dan pasukan bomba kini menjalankan operasi menyelamat bagi memastikan keselamatan semua mangsa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.02 pagi.

"Jentera pertama tiba di lokasi sekitar jam 6.50 pagi dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba Tanjung Malim dan Slim River.

"Tiga jentera penyelamat turut dikerahkan, manakala kerja-kerja memindahkan mangsa dilakukan secara berperingkat," menurut kenyataan itu.

Keadaan semasa terus dipantau pihak berkuasa dan operasi akan diteruskan sehingga situasi banjir disahkan benar-benar terkawal.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI