fb fb fb fb fb

Bot bertembung, warga emas maut

(Foto JBPM Perak)

PANTAI REMIS, 14 Februari- Seorang maut manakala dua lagi selamat dalam kemalangan melibatkan dua bot nelayan yang bertembung di Kuala Bagan Panchor, di sini pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata insiden mengakibatkan warga emas berusia 63 tahun jatuh ke lautan, manakala dua lagi berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan.

"Mangsa yang hilang telah ditemukan oleh nelayan tempatan dengan anggaran jarak sejauh tiga kilometer dari kawasan muara laut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya menerusi kenyataan.

Mayat kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.


(Foto JBPM Perak)

Media Baharu