fb fb fb fb fb

Bomba siap siaga anggota, logistik hadapi angin baratan

SEBERANG JAYA, 3 Julai- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada angin baratan yang sedang berlaku sehingga 5 Julai ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya telah membuat pemantauan data dan  fizikal serta kesiapsiagaan anggota dan logistik.

Beliau berkata seramai 4,169 anggota telah diarah bersiap sedia di kawasan Utara meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta di Terengganu dan Kelantan.

"Memang kita memberi atau  membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang kita sifatkan sebagai 'hotspot' berlakunya kes lemas terutamanyayang melibatkan laut dan sungai, tasik.

"Kita ada membuat inisiatif dengan memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak melakukan aktiviti riadah yang melibatkan mandi-manda di sungai, di laut dan sebagainya,"katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas mesyuarat angin baratan di Seberang Jaya.

Menerusi data MET Malaysia kawasan yang dijangka mengalami angin baratan ini berpotensi dilanda rebut petir beserta hujan lebat dan angin kencang.
  


(Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Ahmad Izram Osman)

Media Baharu