(FOTO BERNAMA)
SEREMBAN, 3 Julai - Satu sesi perjumpaan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan daripada KDN mengenai isu kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbiar akan diadakan dalam masa terdekat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, selaku kementerian yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan itu, beliau telah pun dimaklumkan mengenai perkara berkenaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.
Perjumpaan itu adalah untuk sesi perbincangan terutama berkenaan Seksyen 1 (e) iaitu bagi kedudukan kanak-kanak terpinggir atau terbuang sangat penting sekali gus dapat memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
"Tapi yang penting Menteri KDN mendengar, jadi kita sama-sama mendoakan agar ia berjalan lancar mengikut apa yabg diingini oleh pihak NGO. Sebenarnya bukan satu NGO, dua NGI menghubungi saya, jadi rasa saya seolah-olah tanggungjawab itu berat sekali di tanggung sebagai seorang ibu kepada negara untuk kanak kanak," kata Nancy, di sini.
(Nancy bercakap dalam sidang media selepas
Program Persidangan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK)
Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini)
Berkenaan cadangan pemansuhan peruntukan Seksyen 1 (e) dalam jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan berkenaan Perkara 14 (1) (b), seksyen itu menyatakan setiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan tersebut.