GEORGE TOWN, 21 Oktober- Seramai 922 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac 2024.
Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Khairy Sulaiman berkata kesiapsiagaan bagi memastikan segala aset-aset untuk menghadapi banjir seperti bot dan peralatan marin khususnya berfungsi dengan baik dan mencukupi.
Selain itu, pihaknya turut menggiatkan latihan daripada segi kecekapan pengendalian bot dan latihan pengukuhan teknik penyelamatan di air.
“Walaupun setakat ini Pulau Pinang hanya berlaku banjir kilat sahaja, namun kami JBPM negeri ini sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kekuatan aset utiliti kenderaan seperti lori-lori dan treler antara tiga hingga lima tan juga sentiasa diuji bagi memastikan berada dalam keadaan baik untuk menghadapi operasi banjir.
“Kita turut mengenal pasti 252 kawasan hotspot terutamanya di sekitar Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), dan timur laut negeri ini,” katanya kepada RTM selepas menjalankan pengujian dan pemeriksaan peralatan di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak disini.
Tambahnya, JBPM Pulau Pinang turut akan menghantar bantuan anggota-anggota dan peralatan ke negeri lain yang berlaku banjir besar sekiranya diperlukan.

anggota-anggota dan peralatan ke negeri lain yang berlaku banjir
besar sekiranya diperlukan.)