RIYADH, 21 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan firma utama industri Arab Saudi.
Ia membabitkan perbincangan berkaitan peluang pelaburan dan kerjasama perdagangan kedua-dua negara.
Anwar memulakan pertemuan tersebut dengan Saudi ARAMCO yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ARAMCO, Amin H Nasser.
Sebelum ini projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor.
Sejurus selepas itu, Anwar menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat Malaysia dan Arab Saudi.
Ia melibatkan Westar Aviation dan Mukamalah, Dagang NeXchange Berhad (DNex) dengan Al-Ajlan Brothers Holding Group (ABH), Twistcode dan Al-Ajlan Bros serta MGB Berhad dan SANY Alameriah.
Mesyuarat membabitkan Mobility One Sdn Bhd dan Al-Nesma Holding Co.Ltd turut diadakan.
Selain itu, Anwar juga turut mengadakan pertemuan dengan Gabenor Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), Nasir Al-Rumayyan.
Pertemuan itu bagi menjalinkan prospek kerjasama melibatkan dua negara.

Artikel Berkaitan:
Hentikan layanan tidak adil terhadap Palestin - Anwar
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC: Anwar akan mengetengahkan konflik Palestin