fb fb fb fb fb

Bomba lakukan penerbangan ihsan bawa orang asli ke hospital

Bomba dibantu penduduk membawa pesakit orang asli untuk mendapatkan rawatan / Foto JBPM

GUA MUSANG, 13 November- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan dengan membawa seorang remaja Orang Asli mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.

Penguasa Kanan JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara Pulau Pinang Muhammad Fisol Rosli berkata Ekin Altoet, 18, dari Pos Balar di sini yang bengkak di bahagian kepala turut mengalami demam panas, sakit belakang dan muntah sejak dua hari lepas.

Beliau berkata helikopter Agusta Westland 139 yang membawa pesakit itu berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Kepala Batas pada 12.32 tengah hari dan tiba di Kampung Piyel, di sini 1.15 tengah hari.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat meneruskan penerbangan dan selamat mendarat di padang Dewan Kompleks Perdana Gua Musang pada 1.38 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini. -BERNAMA

Trainee2