fb fb fb fb fb

Bomba gerakkan SAR cari nelayan hilang di Simunjan

Perahu yang digunakan mangsa, Hamil Hamdan, 43, (foto kecil) ditemukan di tebing Sungai Segali

SIMUNJAN, 14 Mac- Seorang nelayan yang keluar menangkap ikan di Sungai Sageng, Simunjan pagi semalam dilaporkan hilang dengan perahunya ditemui penduduk kampung di tebing sungai terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Alimaddia Bukri memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan tengah hari tadi.

Mangsa, Hamil Hamdan berusia 43 tahun dilapor keluar ke sungai terbabit sekitar pukul 11.00 pagi hari kejadian dan tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam tadi.

Susulan itu, sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah bot dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian.

Operasi SAR masih giat dijalankan.

SITI AISHAH MD ISA