fb fb fb fb fb

Bomba selamatkan wanita cuba terjun jambatan

(Mangsa berjaya diselamatkan daripada terjun dari Jambatan Darul Hana)

KUCHING, 17 April- Seorang wanita berusia 23 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba daripada cubaan terjun dari sebuah jambatan di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Bomba Sarawak melaporkan anggotanya yang dikerah ke Jambatan Darul Hana setelah menerima panggilan kecemasan, mendapati mangsa sedang berdiri di atas kerusi di tepi penghadang jambatan terbabit.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan berjaya memujuk dan membawa mangsa ke tempat selamat pada pukul 3.39 petang.

Usaha menyelamatkan wanita itu turut dibantu pihak polis dan pengawal keselamatan.

Mangsa tidak mengalami kecederan dan dalam keadaan stabil, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

(Mangsa ditenangkan anggota dari BBP Padungan) 

Media Baharu