fb fb fb fb fb

Anggota polis URB cedera dihimpit kenderaan penjenayah

(Foto PDRM)

BALING, 17 April- Seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera selepas motosikalnya  terbabas ke bahu jalan  akibat dihimpit kereta penjenayah, semalam.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Mengkuang, di sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek telah ditahan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Kedua-dua suspek dipercayai terlibat jenayah pecah rumah.

"Kereta penjenayah yang dinaiki dua lelaki terbabit pada mulanya  ditahan Unit Kereta Peronda (MPV)  yang sedang membuat penugasan setelah melihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Bagaimanapun ketika pemeriksaan lanjut dilakukan suspek memecut kenderaan dan melarikan diri.

"Anggota URB yang turut berada di lokasi kejadian  cuba mengejar kenderaan suspek.

"Suspek juga bertindak membaling objek ke arah peronda MPV dan  bertindak mengundur lalu melanggar hadapan peronda MPV .

"Suspek yang ditahan didapati positif dadah.

"Polis turut menjumpai alatan pecah rumah di dalam kenderaan terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaaan membunuh," katanya menerusi kenyataan.



(Foto PDRM)

Media Baharu