fb fb fb fb fb

BNM tidak bercadang tetapkan nilai pertukaran ringgit dengan dolar AS - Tengku Zafrul

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Kerajaan melalui Bank Negara tidak bercadang untuk menetapkan nilai pertukaran ringgit dengan dolar Amerika Syarikat (AS$) bagi mentsabilkan mata wang negara.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, langkah menambat ringgit kepada dolar AS  adalah berisiko dan bukan dasar yang terbaik untuk ekonomi negara

Sekiranya ia dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara di mana mata wang menjadi rujukan bagi tambatan ringgit.

Hal ini seterusnya mengekang negara dalam menetapkan dasar monetarinya sendiri dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi

"Contohnya jika ringgit ditambat kepada dolar AS, dan seandainya kadar faedah rizab persekutuan meningkat sebanyak 325 mata asas ataupun 3.25 peratus secara keseluruhan pada 2022 maka kadar dasar semalaman atau OPR perlu dinaikkan pada kadar yang sama meskipun Malaysia pada tahap pemulihan ekonomi dan tekanan inflasi yang berbeza daripada Amerika Syarikat,"katanya.

Tambahnya, kadar pertukaran ringgit yang fleksibal penting bagi mengimbangi keperluan untuk menyerap kejutan luaran dan menyokong aktiviti ekonomi domestik

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Md. Nasir Hashim.

Sementara itu, mengulas mengenai pekembangan ekonomi negara, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, ia kekal berada di landasan yang kukuh.

Keadaan ini disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang teguh serta harga komoditi global yang kukuh.

"Kesemua ini dicerminkan oleh KDNK negara pada suku tahun pertama yang meningkat sebanyak lima peratus dan dijangka terus berkembang lebih baik pada suku kedua insya-Allah,"katanya.

Ujarnya, kekuatan mata wang sesebuah negara juga bergantung kepada asas-asas eknomi yang kukuh.


(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

Media Baharu