fb fb fb fb fb

Jelajah FT ROADPEDIA 3.0 tinjau lokasi pasca banjir zon timur

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Jelajah FT ROADPEDIA 3.0 Zon Timur anjuran Kementerian Kerja Raya berlepas jam 8.00 pagi tadi.

Program jelajah yang bermula 11 Ogos hingga 13 Ogos 2022 ini bertujuan bagi meninjau projek-projek pembinaan, naik taraf dan baik pulih jalan persekutuan di negeri Pahang, Kelantan dan Perak.

Jelajah diketuai Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disertai pegawai kementerian dan jabatan serta pengamal media cetak dan eletronik.

Antara lokasi tinjauan ialah Projek Pemasangan Jambatan Bailey-Sungai Tras di Jalan Persekutuan (FT) 218 Raub, Pahang ekoran kerosakan jambatan asal akibat banjir.


(Datuk Seri Fadillah Yusof dan anggota rombongan sebelum bertolak ke Pantai Timur)

Media Baharu