fb fb fb fb fb

BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-75 JPN

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated.

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling merupakan duit syiling berbentuk segi empat tepat yang pertama di Malaysia dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 32.7 gram.

Nilai muka duit syiling itu ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM330 sekeping.

Ketika ini, sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

Manakala Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated pula diperbuat daripada tembaga serta beberapa logam lain dan mempunyai berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping.

Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui portal rasmi BNM mulai hari ini hingga 14 Julai 2024. 

0107 BNM JPNDuit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE