fb fb fb fb fb

BN-PH namakan calon MB Kelantan jika terima mandat

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa di Majlis Perasmian
Program Desa Cerdas KEMAS, di Ayer Lanas)

TANAH MERAH, 7 Ogos- Barisan Nasional-Pakatan Harapan hanya akan mendedahkan nama calon Menteri Besar Kelantan sekiranya sudah disahkan menerima mandat untuk mentadbir negeri itu pada 12 Ogos.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah pun menerima beberapa nama bagi calon Menteri Besar Kelantan.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

“Untuk pelantikan Menteri Besar, kita tertakluk pada keizinan Tuanku (Sultan Kelantan). Kita tidak mahu mendahului takdir Allah dan kita tidak mahu mendahului titah dan perkenan Tuanku. Beberapa nama telah dikemukakan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri kepada saya", kata Zahid yang juga Presiden UMNO dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Desa Cerdas KEMAS, di Ayer Lanas.

Beiau berkata gabungan BN-PH komited untuk merealisasikan empat teras melibatkan 34 tawaran yang dikemukakan dalam manifesto kepada rakyat Kelantan bersempena PRU DUN ke-15.

Katanya, empat teras berkenaan melibatkan aspek syiar Islam, ekonomi, pendidikan, wanita dan orang muda serta Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara.

“Kita buka buku baharu, tutup buka lama. Cuba kami sekali dan saya akan memantau prestasi kerajaan baharu ini di samping memantau ADUN-ADUN yang ada. Kita harap apa yang kita tawarkan ini dapat membuka minda pengundi-pengundi Kelantan kerana kita juga memberi peluang terbaik kepada pengundi pertama kali dan pengundi muda.

Jelasnya, manifesto yang dibentang oleh BN-PH Kelantan bukan sekadar manifesto semata-mata tetapi juga merupakan aku janji gabungan tersebut kepada penduduk negeri itu.

Media Baharu