fb fb fb fb fb

Kereta terbakar di WCE, empat lelaki rentung

(Foto JBPM Perak)

SITIAWAN, 7 Ogos- Empat lelaki rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar di Kilometer 220 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah utara berdekatan susur keluar Changkat Chermin, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Saiyani Saidon berkata seorang lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera parah.

"JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.11 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dibantu BBP Ayer Tawar dan Manjung kemudian digerakkan ke lokasi insiden.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta dinaiki lima mangsa yang telah terbabas dan terbakar 95 peratus.

"Kesemua mangsa merupakan pekerja kontrak di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut sedang dalam perjalanan balik ke Ipoh," katanya menerusi kenyataan.


(Foto JBPM Perak)

Media Baharu