fb fb fb fb fb

Dasar Gaji Progresif, pembentangan kertas putih di Parlimen pada September

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Pembentangan kertas putih berkenaan Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan dalam sidang khas di Parlimen September ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia akan menjadi dasar pasaran buruh yang mampu menaikkan gaji pekerja secara sistematik.

Menerusi hantaran di Twitter, jelas beliau, tujuan Dasar Gaji Progresif juga adalah jelas memandangkan isu berkaitan gaji telah berlarutan untuk tempoh yang lama.

Justeru, Dasar Gaji Progresif akan menjadi langkah pertama untuk mereformasikan struktur gaji rakyat yang akan menaiktaraf kehidupan rakyat Malaysia.

Jumaat lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan lebih 2 juta pekerja formal bergaji kurang daripada RM2,000 sebulan. Manakala gaji penengah di sembilan negeri tidak melebihi RM2,000.


(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli/BERNAMA)

Media Baharu